Saturday, October 11, 2014

Padam Rumah Anda Dari Google Street View


Padam Rumah Anda Dari Google Street View


Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna berjalan di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.
Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!
Tetapi dengan adanya teknologi ini, anda terdedah dengan bahaya! Penjenayah boleh nampak jenis kereta yang anda pakai, berapa banyak buah kereta anda, pintu pagar selalu berkunci atau tidak dan macam-macam lagi maklumat. Privasi anda telah dicereboh!
Ini adalah cara untuk memadam rumah anda dari Google Street View. Hanya ada 4 langkah sahaja.
1. Buka Google Maps
2. Taip alamat rumah anda, klik Street View pada butang kiri sebelah atas.
3. Kemudian klik Report A Problem pada bawah kanan, dan akan terpapar satu borang.
4. Pada pilihan Request blurring:What would you like us to blur? pilih Home, dan taip alamat rumah anda seterusnya tekan butang Submit
sorok-rumah-google-street-view-1

source : Lemonpic.Com


bahaya kan bila rumah kita boleh dilihat dari dalam internet..
ada kawan aku cakap.. rumah kawan dia siap boleh nampak kerete skyline lagi
ewahh hebat kawan orang hebat-hebat
aku? try google la rumah mak yang aku tumpang tu..
ehh nampak blok lain pulak siap ada bas lenseng.. lagi hebattt hahaha
ko hado?

so aku rasa the better is delete je la location kita tu..
bahaya.. dah tak da privacy aku rasa..
kena pulak penjenayah sekarang ni makin educated..
so selamat mencuba korang..
aku copy paste je benda ni..
bukan apa..jd notes kat sendiri..

No comments:

Followers

Popular Posts