Friday, October 03, 2014

Pinjam-Meminjam

PINJAM DUIT SIKIT
Salah satu fenomena sifat pemurah yang merosakkan diri adalah memberi pinjaman.
Kita belum mampu jadi sebuah bank, tapi dengan murah hati beri pinjaman pada rakan dan taulan.
Kita tidak boleh kenakan sebarang keuntungan dari pinjaman yang diberikan.
Lebih malang lagi ada yang buat Pinjaman Peribadi untuk beri pada abang sendiri dan abang pun beli kereta baru yang terkini.
Ada yang buat pinjaman peribadi untuk diberikan pada suami, katanya pinjam untuk mulakan perniagaan dobi.
Memberi orang lain meminjam wang anda adalah langkah kebelakang dalam pengurusan kewangan
Kaedah yang tepat adalah sedekahkan sahaja, jika dia datang mintak RM50k. Katakan saja saya hanya mampu beri RM50 saja, dengan niat ia sedekah dari kita.
Belajar bercakap MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBANTU, dan ini sumbangan yang saya mampu.
Wallahu A'llam

Azizul Azli


ini sharing from fbians memang terus aku copy dan save dalam draff box

serius.. kadang-kadang bila beri orang pinjam duit..
kena time orang nye ok.. kalau ada masalah tak boleh bayar mungkin dia boleh cakap baik-baik
yang aku paling tak boleh terima bila kita maki hamun kita dapat..
time susah kemain kan.. bila nak mintak balik nak-nak time tu memang kita pon terdesak
eh lain pulak jadi nya..

tu hakikat manusia.. hati ni sukar kita nak kawal..
kadang-kadang kita pon dah tak kenal hati sendiri..

apa yang aku nak cakap hutang still hutang selagi takda declration between peminjam n penghutang secara berdepan/msg
selagi peminjam tak cakap..xpela saya sedekah dan halalkan..

hutang itu wajib dilangsaikan walaupun sudah meninggal
jadi bukan kah tidak elok kalau kita meninggalkan beban kepada waris kita
untuk menyelesaikan hutang yang mungkin waris tak tahu..

selalu bila selesai urusan pengkebumian jenazah akan ada waris cakap
bla bla bla..sekiranya ada allahyarham berhutang dengan tuan/puan yang belum dia jelaskan boleh mintak kepada kami ahli keluarganya..
part ni paling sadis kann.. sedih sangat..

pada saya berhutang dengan bank senang kita taw details transaction dari berhutang dengan orang yang xjelas buktinya.. huhuhu

petikan dari IKIM.GOV


Berkaitan pinjaman kewangan, pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud: "Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ke-tenangannya." Mereka berkata: "Apa itu wahai Rasulullah?" Beliau bersabda: 'Hutang.' Itulah sebabnya, umat Islam diajarkan sepotong doa yang bermaksud: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang."

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, berhutang itu tidak dapat dielakkan. Dalam keadaan ini, Allah menggariskan dengan terperinci cara atau adab berkaitan hutang-piutang. 

Dalam ayat 282, Surah al-Baqarah dinyatakan dengan panjang lebar betapa kalau hendak memberi dan mengambil hutang, jumlah dan tempohnya membayar balik perlu dituliskan berserta dua saksi. 

Dalam ayat berikutnya pula, dinyatakan bahawa sekiranya tidak ditulis pun, orang yang berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Dalam kata lain, walaupun tanpa bertulis dan saksi, Allah menjadi saksi kepada transaksi mereka itu.

Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris. Hal ini disebut dalam ayat 11, Surah an-Nisa'. 

Tidak cukup dengan firman Allah dalam al-Quran, penekanan kepada menjelaskan hutang ini disebutkan dalam hadis Rasulullah.

Contohnya, sabda Nabi bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang." (Hadis riwayat Muslim). 

Kita maklum bahawa syuhada dijanjikan syurga. Namun, hadis ini menunjukkan bahawa apa yang menghalang mereka daripada masuk syurga adalah hutang yang tidak dijelaskan.

Itu syuhada. Jika mereka pun wajib membayar hutang, apa lagi kita manusia biasa.

Islam bukan saja mewajibkan umatnya membayar hutang, malah menjanjikan bahawa kalau berhutang dengan niat untuk membayar, Tuhan akan memudahkan kita.

Sebaliknya, kalau berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:"Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya." Maksud ayat 'Allah akan membayarkan' adalah Allah akan memudahkan rezeki orang itu agar dia dapat membayar hutangnya.




di sini nak nak pesan.. kalau saya ada hutang dengan anda..
sila la tuntut sementara usia masih ada..
event 10sen.. biasa yang kecil tu kita mudah lupa..
saya risau nak menanggung ketika di sana nanti terlalu berat..
10sen kalau 100org? haishh banyak tu...

from now saya akan buat buku tulis atau buku 3-5 (33333)
orang dulu-dlu praktik kan ni..tulis hutang..
exbos saya dulu memang ada.semua hutang dan perbelanjaan dia tulis dalam tu
nampak kuno..tapi bagus sebenarnya..
hihihi





No comments:

Followers

Popular Posts