Thursday, January 06, 2011

teka teki teka tekuk


Kisah Orangtua Berteka-teki Dengan 5 Orang Bebudak

Nak ku coretkan kisah dimana ada le 5 orang budak sekolah rendah ni yang dah kenakan aku tempoh hari dengan teka teki yang betoii memeningkan kepala aku jap tu...semasa aku bertemu diorang nie saja aku tanya tanya sekolah dimana? darjah berapa? tinggal kat mana? ..lepas tu mula lah mereka nie nak test IQ orang tua macam aku nie.......begini al kisahnya,...

Budak 1: "Pak cik saya nak beri satu teka teki kalau pak cik terror(bagus) cuba teka ..hijau campur hijau jadi warna apa???" katanya...
Aku:secara sepontan bersuara.."Hijau”( dalam hati ingatkan warna cat le??)
Budak 1."Apa le Pak cik nie. jawabnya merah le"
Aku: "macamana le pulak nie" ..(kebinggungan. .)
Budak 1:"Ya..le " duit warna hijau RM5 campur duit warna hijau RM5 jadi mesti le duit warna merah RM10..apa le pak cik nie tak tahu..

Budak 2."Ok pak cik saya pulak, bunga apa warna nya hitam.."
Aku: "ha..senang sikit nie''bunga cengkih kataku"
Budak 2: "salah bunga cengkih warna cokelat kehitaman ..jawapan yang betul ialah tayar kereta..bunga die warna yang paling hitam"

Budak 3" Pak cik kalau burung hantu waktu siang hari dia tidur dan waktu malam hari dia jaga dan terbang cari makan' kalau le ayam di siang buat apa?"
Aku:"secara sepontan gak le jawap.."Dia berkokok le nak siang hari""
Budak 3:"Salah lagi tu..pak cik"!!, jawapan nya bila siang apa lagi dilumur dengan kunyit le ayam tu  buat lauk goreng le??"""

Budak 4."Pak cik!! burger apa yang sentiasa suka dan riang ria""
Aku: Burger..burger apa le pulak tu tak tahu le pak cik..
Budak 4"Jawapannya ..BERGEMBIRA le""..

Budak 5"Ok last saya punya turn lak" Pak cik tahu tak ada banyak nama benggali singh cuba pak cik sebutkan."
Aku :Ok seorang bernama Karam Singh..ada bernama Kapal Singh.ada bernama Bara Singh banyak lagi.."
Budak 5 :"Ok bagus cuba teka seorang benggali (Singh) yang boleh dan pandai bernyanyi lagu""..
Aku:"Haa. Singer  Singh""jawapku
Budak 5:"Salah le jawapan dia ialah D.J DAVE..penyanyi berbangsa singh le jugak tu cuma dia tak pakai turban je""
Aku:" apa le korang nie hampeeh betoiii le""
Semua bebudak tu ketawakan ku

Aku: "OK le sekarang giliran pak cik nak soal ( teka teki ) korang le pulak>>"sebab korang dah sebut pasal orang singh nie giliran pak cik nak soal korang bebudak kalau terror le sangat.." Nie..Pak cik nak tanya... "siapa dia seorang singh (benggali) yang matahari..korang tahu matahari dalam bahasa inggeris "sun" kan dan dia  boleh bercakap dengan orang singh nie dan siap dia boleh berborak balek dengan matahari dongak ke langit lagi????"""
selepas 5 minit kebinggungan

Bebudak;"Entah pak cik kami dah tak tahu jawapan nya"""apa dia ya""

Aku: OK le jawapan dia ..korang mungkin tak kenal seorang singh bernama Santokh Singh... dia dulu bekas pemain bola sepak kebanggaan negara Malaysia..
haa.. dia le boleh bercakap dengan matahari tu..""

Bebudak:"macamana tu"

Aku:" Hmm cuba korang eja nama dia slow slow macam nie..Sun Talk Singh (Bukan Santokh Singh) ... bukan ke  ayat dia berbunyi Matahari bercakap dengan singh...

Bebudak::"Apa le Hammpehhhh betul le..""

Moral citenya budak sekarang lebih cepat memahami bab cite lucu dan jenaka dari serius.


bye
wasalam

source : sharina azwin

p/s : hahaha..da lama da berteka teki..rasa otak cam da berteku lak...kuikuikui..tapi bila berteka teki rasa tak nak jawab..sebab malas nak pikir..kuikuikui..punya pemalas nye umat ni..

No comments:

Followers

Popular Posts