Friday, November 12, 2010

Petua Untuk Hidup Tenang dan Bahagia



1. Cinta
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa. 
> aku mencintai suami dan anak ku..serta menyanyangi mereka yang sentiasa berbuat baik pada ku<

2. Hormat
Memberi dan menerima, menjadi suatu perkaral yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan. > aku menghormati mereka yang sentiasa hormat kepada ku<

3. Bersyukur
Tidak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Allah s.w.t.telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup kita ini penuh syukur. 
> aku sentiasa bersyukur dengan rezeki yang allah berikan..tapi sentiasa berusaha untuk menambah rezeki untuk anakku<

4. Bahagia
Orang yang bahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah member senyuman itu suatu ibadah?
>aku mungkin nampak sombong..tapi bila diberikan senyuman pasti membalas dengan senyuman yang paling ikhlas dari lubuk hatiku..sila jangan muntah<

5. Memaafkan
Ramai orang stress kerana tidak sanggup memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat dia tertekan. Padahal jika kita menjadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.
>sukar utk memaafkan mereka yang pernah berbuat jahat padaku..tapi sentiasa beralah dan berlapang dada..sebab malas nak pikir buat semak otak je..<

6. Kejujuran
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambat jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tidak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.
 >jujur...iya..jujur dalam percintaan ku<

7. Ketulusan
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap. 
> tulus...aku tulus mencintai papa dan rania serta keluargaku<

8. Kepekaan
Suatu keajaiban yang diberikan Allah s.w.t. pada kita adalah hati. Dengan hati, kita berasa sedih dan senang, dan juga mampu memilih kebenaran.
 >insyaallah...sentiasa istiqamah..ya allah kekalkan keajaiban ini pada ku...<

amin

kredit to fb 

1 comment:

Ina said...

petua yg bagus utk diamalkan.

Followers

Popular Posts