Wednesday, June 23, 2010

Surat Permohonan Berpoligami

ekekekeke..sangat kelakar bila saya baca email yang saya terima pagi ini..hahahah..eh ada ke insan bernama lelaki sanggup wat camtu? pergh..gile kentang la..
untuk korang semua..boleh baca ya...


kelakar gak baca surat kat bawah ni, saya terima dr seorang rakan.

SURAT PERMOHONAN DARI SUAMI :-
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di
isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan
untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan
seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya
dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5 Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?


6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk,
ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


JAWAPAN DARI ISTERI :-
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.



Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


23. Oktober 2009

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat pihak
tuan bertarikh 31 April 2006.

2.    Dengan ini saya menolak permohonan pihak tuan untuk menambah carta
organinsasi yang baru saya perolehi setelah tiga tahun. Memandangkan
keadaan semasa dan ekonomi yang tidak memberangsangkan ini pihak tuan
adalah dinasihatkan supaya tidak membuat "window shopping" di akhir tahun.

3.      Pihak tuan juga digalakkan "mengukur baju di badan sendiri" dan
"melihat cermin muka sendiri' akan diri tuan sebelum menilai saya. Pihak
saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah
bunyi-bunyian atau serangan terhadap  "pihak ketiga" yang bukan termasuk
dalam senarai keperluan seperti yang disyaratkan pada perkahwinan pertama
pihak tuan.

4.    Bagi masalah kerja lebih masa dan pantauan pihak tuan, untuk
maklumat pihak tuan saya tidak pernah menuntut elaun kerja lebih masa atau
pun bonus di akhir tetapi memandangkan komited saya terhadap organisasi
saya ingin menjadi yang terbaik dan terhebat. Oleh itu alasan pihak tuan
adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali.

5.    Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan ingin mengemukakan
rayuan terhadap permohonan ini pihak tuan haruslah mempertimbangkan
tindakan mahkamah dan dengan senyuman manis pihak tuan haruslah melepaskan
segalanya harta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan dari langit
sampai kebumi segala harta pihak tuan hendaklah diletakkan atas nama saya.

Sekian, terima kasih.

"BERKORBAN DEMI ALLAH BUKAN NAFSU SEMATA"
"BERKHIDMAT UNTUK KELUARGA"

Yang Benar,



Isteri bin Perempuan.

sk.        Pak Mertuaku

            Mak Mertuaku

            Abang dan kakak iparku

1 comment:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sala kenal...
sangat kelakar membacanya.

Followers

Popular Posts