Thursday, August 25, 2011

RM 450.00 lesson


Email sy terima dri cuzzy sy...huhuhu..opismate dia ni.. saya share kan supaya jangan ada antara kita yang terkena. Bandar Tun Razak tu dekat je dengan office ni..kot-kot kawan opis baca kan..so kite leh behave if lalu area situ..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya telah membayar RM 450.00 untuk pengalaman ini. Jika ada seseorang yang boleh memanafaatkannya saya rasa berbaloi bayaran yang dikenakan.

Semalam ketika memandu di Lebuhraya Connought di antara persimpangan ke Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak/Tasik Selatan arah KL ke Kajang saya telah terpandang seorang pemuda India menunggang motosikal. Ketika terpandang dia (ini kes mata bertentang mata), dia telah membuat isyarat bahawa ada bau dan menunjuk ke arah tayar depan saya sebelah kiri.

Menyangkakan ada masalah denga kereta saya (al maklum kereta dah lama) saya pun memberhentikan kereta saya. Saya keluar dan melihat tayar depan yang ditunjukkan oleh pemuda itu. Saya melihat ada kesan minyak pada disc brek dan berasap, dia memberitahu tahu brek pump saya bocor, amat merbahaya tambahnya.

Dia menyuruh saya parking kereta saya depan sedikit kerana tempat tu selekoh dan merbahaya. Saya pun ikut cakap dia.

Akhirnya saya parking lebih kurang 50 meter dari simpang ke Bandar Tun Razak.

Dia minta jack kereta dan minta saya pulas steering sampai habis, bila saya tengok lagi sekali tayar telah ditanggalkan dan ada kesan minyak pada rim dan dia menunjukkan minyak memancut keluar bila brek ditekan. Saya kata tadi boleh brek dan dia jawab pump tu baru nak bocor.

Dia pun tanggalkan unit brek pump berkenaan dan kata dia akan panggil kawan dia carikan barang ganti.

Tak lama kemudian kawan dia sampai naik motor dan kata dia akan cuba cari recond unit kalau ada. Dia pun pergi.

Sementara tunggu tu saya telah telefon mekanik yang biasa dengan saya, saya bertanya tentang harga benda tu. Bunyi yang bising di tepi highway tu menyebabkan perbualan tidak jelas dan saya pula hanya nak tahu tentang harganya. Mekanik tu kata harga lebih kurang RM150.00.

Saya bersembang dengan pemuda tadi sambil tanya berapa harganya. Dia kata mahal – RM 450 – RM 500, saya kata kalau mahal saya tak mahu, biar saya tow ke w/shop saja.

Saya ada juga bertanya berapa dia punya caj – dia jawab – ‘tak da bang, saya cuma tolong orang saja’ – baik sungguh orang ni.

Di pendekkan cerita, setelah agak lama kawan dia pun sampai. Dia bawa unit ganti yang berwarna aluminum dan berbalut dengan cling plastic. Dia kata recond tak da yang dibawa tu baru. Saya tanya berapa harga? Dia dengan bangga kata ada resit dan menunjukkan resit yang tertulis RM920.00... WOW !!!

Saya kata saya tak nak, dia tanya berapa saya ada tapi saya tetap saya tak nak. Saya minta semula unit saya, dia kata ada tinggal di kedai. Dia tetap cuba supaya saya ambil dan bertanya berapa saya ada tetapi saya tetap berkeras saya tak nak.

Akhirnya dia pun belah, saya ada kata nak bagi dia duit kopi kerana bantu saya, tapi dia terus jalan, tapi dia sempat mendajalkan saya dengan meninggalkan spanar mencucuk tanah dengan jack telah ditanggalkan, masa tu hujan dah mula turun. Kelam kabut saya jack kereta semula dan tanggalkan spanar tu.

Bila mekanik saya sampai dengan tow truck benda pertama dia kata pada saya ialah saya dah kena tipu L. Unit yang kononnya baru tu ialah unit asal yang telah dicatkan dengan cat aluminum. Dan sebenarnya tak ada apa masalah dengan kereta saya ( nak jadi cerita dia baru bikin kereta saya Sabtu lepas). Mekanik tu dah jumpa dua orang yang kena trick yang sama.

Walau pun pemuda tu tak dapat duit saya, saya tetap kena bayar tow dan cari ganti barang yang telah diambil oleh orang tadi. Semuanya saya kena RM 450.00.

Saya harap kawan-kawan dapat mengambil iktibar tentang kejadian ini. Seperti yang dikatakan awal tadi, jika ada seorang dari kawan-kawan saya boleh mengelak dari terkena macam saya bila teringatkan cerita saya ini, RM 450.00 tu berbaloi.

Mekasih.

MNL

No comments:

Followers

Popular Posts