Friday, September 24, 2010

Jangan Ngamuk nanti jadi GILA cam ALI

share email yea...ehehehe..email dari adik angkat ni..da lama berkapuk..so nak hiburkan korang dari dengar ai melalut kat sini baik korang refresh minda dengan cite camni..ekekekek

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang
18, namanya  sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung
tu,kira banyak  jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama
Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua
ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada
org kata, Ali ni mewarisi  sifat gila dari
bapanya..

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka
hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi
ke masjid utk  menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi
dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan
semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih
gila dari org yg gila.

Setelah selesai solat, Ali pun macam
biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya,
tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar
dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan
terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman
dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..

"Kepada sesiapa yg
curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg
arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"

Maka takutlah orang
kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak mengamuk
punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak
thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat
lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2
budak tu berkata...

"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun
tak boleh.."

Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat
kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar
buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari
tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut..
Pak Imam pun bertanya...

"Errrr...boleh aku tahu..apa
yg arwah bapak ko buat tahun lepas bila dia tak dapat semula selipar
dia"


"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba
rocknyerr..

Wassalam"

No comments:

Followers

Popular Posts